IQTrg

Soalan Lazim

Soalan 1: Apakah program yang terdapat di Institut al-Quran Terengganu?

IQ Terengganu menyediakan 3 program. Pertama adalah Program Persijilan Tahfiz al-Quran untuk pelajar lepasan PMR

Kedua adalah Program Diploma Tahfiz al-Quran bagi pelajar lepasan SPM. Program Diploma ini adalah kerjasama dengan Darul Quran, Kuala Kubu.

Ketiga ialah Program Kuliah al-Furqan. Program ini dibuka kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun. Program ini merupakan program hujung minggu.


 

Soalan 2: Dimanakah borang permohonan boleh didapati?

Kebiasaannya borang permohonan boleh diperolehi di laman web IQ Terengganu dan Pejabat Institut al-Quran Terengganu. Sesetengah program memerlukan anda mengisi borang secara on-line. Pembukaan borang bagi pengisian on-line akan diberitahu dari masa ke semasa di laman web ini. 


 

Soalan 3: Selain daripada pusat pengajian ilmu-ilmu al-Quran,apakah yang terdapat di IQ Terengganu?

Unit Kaligrafi. Unit ini berperanan sebagai pusat penyelidikan dan penghasilan projek Mushaf al-Quran. Projek pertama daripada unit ini adalah Miftaah al-Furqaan.