IQTrg

Bahagian Penyelidikan Dan Penerbitan

Bahagian Penyelidikan Dan Penerbitan merupakan salah satu daripada tiga unit utama dan penting yang terdapat di dalam struktur pentadbiran Institut Al-Quran Terengganu. Ia diterajui oleh seorang penolong pengarah yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pengarah.

Di bidang penyelidikan, bahagian ini bertanggungjawab mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan al-Quran yang timbul di dalam masyarakat, khususnya yang menyentuh sensitiviti ummah Islam di Malaysia dan Ummah Islam sejagat secara amnya. Di samping itu bahagian ini berperanan untuk mengadakan kursus, seminar, ceramah dan sebagainya.

Selain daripada itu, bahagian ini adalah bertanggungjawab menyediakan satu bentuk pengajian berkaitan dengan al-Quran kepada masyarakat awam secara berterusan, sistematik dan profesional. Ianya merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar, bahkan ianya merupakan satu ` jihad ` untuk merealisasikan satu matlamat yang merupakan asas terpenting di dalam kebangkitan ummah terbaik iaitu ke arah membentuk masyarakat islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

Di bidang penerbitan pula, bahagian ini memfokuskan kepada penerbitan kajian-kajian, jurnal-jurnal ilmiah dan yang seumpamanya sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada setiap lapisan masyarakat. Ini didasari dengan keyakinan kita kepada satu hakikat bahawa penulisan dan percetakan merupakan antara salah satu medium dakwah yang sangat berkesan terhadap perubahan dan perkembangan pemikiran sesebuah masyarakat yang maju, dinamik dan berdaya saing.

Untuk merealisasikan matlamat tersebut, bahagian ini telah berusaha mengadakan hubungan dan jalinan `rakan pintar ` dengan pihak-pihak luar, terdiri daripada jabatan agama kerajaan pusat dan negeri, badan dakwah dan amal, serta instusi-institusi pengajian tinggi, sama ada dari dalam mahu pun dari luar negeri.