IQTrg

Ulum Al-Quran

Kursus ini terbahagi kepada 2 tahap, di mana tahap I ditujukan kepada individu yang boleh membaca al-Quran dengan baik tetapi kurang menguasai hukum-hukum tajwid. Kursus ini merangkumi pengajaran tajwid secara Ilmi dan amali di dalam bacaan al-Quran. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran bermula dengan mengenal sebutan huruf dengan betul hinggalah kepada hukum-hukum Tajwid, Waqaf, Ibtida’ serta menguasai kaedah bacaan yang dikhususkan bagi Riwayat Hafs. Disamping itu, peserta-peserta mengambil bacaan secara Talaqqi dan Musyafahah daripada guru.
Bagi Tahap II pula, ianya ditawarkan kepada mereka yang telah menamatkan pengajian di Tahap I atau mereka yang telah mahir hukum-hukum tajwid. Peserta akan didedahkan dengan matapelajaran Tajwid, Ulum Al-Quran, Rasm Al-Quran dan Adab Hamalah Al-Quran. Dalam Tajwid, peserta hanya mengeluarkan hukum-hukum yang telah dipelajari pada Tahap I dalam bacaan sahaja.
Dalam Ulum Al-Quran pula, peserta akan didedahkan dengan tajuk-tajuk seperti sejarah pengumpulan al-Quran, Nuzul al-Quran, Makki Madani, Nasakh Mansukh. Manakala Rasm al-Quran akan mendedahkan kepada peserta tentang kaedah penulisan al-Quran mengikut Rasm Uthmani, manakala Adab Hamalah al-Quran pula akan membincangkan sebahagian dari adab-adab pembaca al-Quran.
Penilaian tahap pencapaian dan peperiksaan akan dilaksanakan sebanyak 2 kali sepanjang proses pembelajaran berjalan iaitu ujian tahap pencapaian dan peperiksaan akhir program yang akan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan bertulis

Modul Ulum Al-Quran

Talaqqi dan Musyafahah al-Quran Riwayat Hafs dari Imam ‘Asim dari juzuk 1-30, Pengajian Ilmu Tajwid Rasm Uthmani secara Ilami dan Amali, Ulum al-Quran, Rasm al-Quran, Dhabt al-Quran, Tarikh al-Quran, Adab Hamalah al-Quran. Aspek yang paling ditekankan adalah bacaan al-Quran beserta Tajwid Amali iaitu melatih peserta mengenal dan menyebut segala jenis hukum yang terdapat di dalam sesuatu ayat atau bacaan.