IQTrg

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN IQ TERENGGANU

Dalam merealisasikan Visi dan Misi untuk menjadi Institut al-Quran Terengganu sebagai sebuah Institut yang terkenal didunia, maka kami berikrar untuk menjadi Khadam al-Quran dengan penuh iltizam memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut:

 

KEPADA PELAJAR

  • Memberi pendidikan berteraskan al-Quran
  • Menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan.
  • Menyediakan sistem pengurusan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar berdasarkan piawaian yang standard.

 

KEPADA STAF

  • Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
  • Menyediakan insentif ganjaran yang adil serta peluang pembangunan kerjaya
  • Mempertingkat kemajuan kerjaya

 

KEPADA NEGARA / UMMAH

  • Menyediakan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang yang berpaksikan al-Quran
  • Membekalkan para pemimpin yang berjiwa ummatik