IQTrg

Bengkel Dan Program Lawatan Kelab Kesenian Islam, IQT.

DSC 1260

Satu bengkel kesenian telah diadakan pada 5 hingga 7 November 2015 yang bertujuan untuk mencetuskan ilmu dalam bidang kesenian dan persembahan audio visual kepada para peserta sebagai pendedahan. Para pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Kelab Kesenian Islam IQT juga turut didedahkan tentang kaedah dan teknik-teknik persembahan seni nasyid untuk dipraktikkan oleh Kumpulan Nasyid IQT. Selain bengkel yang bertempat di KL International Hotel, Kuala Lumpur itu, peserta juga berpeluang melawat ke Pusat Seni Visual Negara, Kuala Lumpur dalam usaha memberi manfaat dan menerapkan nila-nilai kesenian dalam diri para pelajar amnya dalam pelbagai cabang seni. Sebagai nilai tambah kepada pengetahuan asas, lawatan ke Bently Music (Damansara) juga turut diselitkan. Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar telah mengiringi para pelajar dalam bengkel dan lawatan tersebut.  

Klik di sini untuk melihat gambar