IQTrg

Kursus Perkhidmatan (Pensyarah) Institut Al-Quran Terengganu 2015.

DSC 1384

Seramai 25 orang pensyarah IQ Terengganu telah mengikuti Kursus Perkhidmatan yang bertempat di Hotel Quality, Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Oktober 2015. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah IQ Terengganu, Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli bin Shafie. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah (Sumber Manusia & Pmebangunan), En. Muhd Aimin bin Mohd Tahir dan Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Fadzli bin Yusof. Kursus ini berfokus kepada Teknik Pengajaran Berkesan yang telah dipimpin oleh Dr. Idrul Hisham bin Ismail iaitu pensyarah dari Institut Perguruan Kampus Dato’ Razali, Batu Rakit, Terengganu. Pengisian kursus ini adalah sebagai langkah membantu para pensyarah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam usaha menaikkan generasi al-Quran melalui pembudayaan ilmu. Terdapat juga slot Eksekutif Talk yang disampaikan oleh Dr. Hj. Hanafi bin Haun Timbalan Ketua Pengarah Latihan Biro Tatanegara (BTN) Malaysia. 

Kik di sini untuk melihat gambar