IQTrg

Lawatan Kerja Sehari Ke Galeri Tunjang Bakawali, Kg Raja Besut

DSC 0769


Unit Kaligrafi IQT telah mengadakan satu lawatan ke Galeri Tunjang Bakawali yang bertempat di Kg. Raja, Besut, Terengganu pada 9 September 2015. Lawatan ini melibatkan semua kakitangan Unit Kaligrafi, IQT. Mengiringi lawatan kerja ini juga ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli bin Shafie (Pengarah IQT), Tuan Haji Aziz bin Wahid (Pendaftar IQT), dan En. Ahmad Mahzor bin Abdul Kadir (Penolong Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan IQT). Objektif lawatan adalah mewujudkan hubungan dua hala di samping mengadakan perbincangan bersama dengan En. Norhaiza bin Nordin iaitu YDP Persatuan Penggiat Seni Ukirkayu Malaysia. Lawatan ke setiap sudut Galeri Tunjang Bakawali turut menjadi agenda lawatan.

Klik gambar di sini