IQTrg

Bengkel Pemurnian Kertas Konsep Penyelidikan 30 Juzuk Manuskrip Mushaf Terengganu

IMG 4942


Pada 2 September 2015, telah berlangsung Bengkel Pemurnian Kertas Konsep Penyelidikan 30 Juzuk Manuskrip Mushaf Terengganu bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu. Bengkel yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini melibatkan semua kakitangan Unit Kaligrafi IQT. Objektif bengkel ini adalah bagi menghasilkan satu kertas konsep yang kukuh dan mantap untuk Projek Penyalinan 30 Juzuk Manuskrip Mushaf Terengganu. Bengkel ini dibimbing oleh seorang pengkaji Manuskrip Mushaf Alam Melayu di Terengganu merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor iaitu En. Zahamri bin Nizar. Bimbingan mantap beliau juga dijadikan sebagai rujukan dan garis panduan kepada setiap kakitangan Unit Kaligrafi sekali gus bertujuan mengelakkan berlakunya kesilapan dalam proses penghasilan Manuskrip Mushaf Terengganu. Bengkel ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli bin Shafie (Pengarah IQT), Tuan Haji Aziz bin Wahid (Pendaftar IQT), dan Puan Hajjah Haslina Laili bt Mohammadm (Akauntan IQT).

 

klik di sini untuk melihat gambar