IQTrg

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

DSC 0852


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IQT 2015 telah diadakan pada 28 Julai 2015 bertempat di Perkarangan Masjid As Syatibi, IQT. Majlis yang sangat meriah ini telah berjalan dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Antara tetamu-tetamu yang hadir ialah wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah IQT, dan mantan-mantan Pengarah IQT, semua pelajar dan kakitangan IQT serta para pelanggan IQT. Turut dijemput juga ialah ahli suami, isteri dan anak-anak kakitangan IQT. Objektif majlis ini diadakan ialah merapatkan silaturahim antara semua yang terlibat, membentuk sahsiah dan amalan nilai murni dalam kalangan semua dan mengamalkan sikap saling bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.


Gambar