IQTrg

Majlis Khatam Al-Quran IQ Terengganu 2015

khatam quran

Bersempena dengan Haflu al-Takrim al-Sanawi kali ke-9/2015, sekali lagi diadakan Majlis Khatam al-Quram pada 15 Jun 2015 bertempat di Balai Kenanga, Club House, Terengganu Equestrian Resort (TER). Majlis ini meraikan 22 orang pelajar program Diploma Tahfiq al-Quran Wa Qiraat dan 55 orang pelajar program Persijilan Syahadah Tahfiz Insitut al-Quran Terengganu 2015. Huffaz yang cemerlang lahir dari individu yang rajin dan komited dalam menghafaz dan menghayati al-Quran. Anak-anak yang gemilang di dalam al-Quran pastinya menjadi penyejuk mata dan kebanggaan para ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Begitulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli bin Shafie sempena Majlis Khatam al-Quran 2015 ini. Para ibu bapa juga turut hadir memeriahkan suasana sebagai tanda kegembiraan.

Gambar Majlis Khatam Al-Quran