IQTrg

Bengkel Halatuju Kolej Al-Quran Terengganu KQT

IMG 2546

 Institut al-Quran Terengganu telah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk menubuhkan Kolej al-Quran Terengganu (KQT). Penubuhan kolej ini membawa kepada 2 cadangan penawaran program diploma baru iaitu Diploma Tahfiq al-Quran dan Bahasa Arab dan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat bagi sesi Pengajian Julai 2015. Sehubungan dengan itu, Bengkel Halatuju Kolej al-Quran Terengganu KQT telah diadakan pada 24 Mei 2015 bertempat di Prinzpark Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Antara yang turut terlibat dalam mengutarakan pendapat dan berkongsi idea di dalam bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli bin Shafie (Pengarah IQT), Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita binti Omar (Pengarah Pusat Kualiti Akdemik dan E-Pembelajaran, UNISZA Kampus Gong Badak), Dr. Nor Azman bin Mat Ali @ Salim (Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, UNISZA Kampus Gong Badak), Tuan Haji Zulkifli bin A. Kadir (Pengurus Pentadbiran Korporat, SATU), dan Tuan Haji Muhad bin Bidin (Penolong Pengarah-Bahasa Arab, MAIDAM)