IQTrg

Program Ops Mantap Hafazan Bil Quran Ahya 2015

DSC 1229


Tarikh : 31 Mac 2015
Anjuran : Jawatankuasa Pemantapan Hafazan 

Aktiviti: 

1. Bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi – Halaqah al-Quran, pelajar IQ Terengganu bersama murabbi (pensyarah) berkumpul mengikut kumpulan untuk mengulang al-Quran bersama-sama. Pelajar banin di dalam Masjid al-Syatibi manakala pelajar banat di dalam Dewan Ibn Mas’ud. Tujuan halaqah diadakan untuk menghidupkan suasana mengulang al-Quran beramai-ramai dan memancarkan mukjizat al-Quran ke dalam hati setiap peserta.

2. 10.30-11.30 pagi – Ujian al-Quran diadakan di kelas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan, pelajar IQ Terengganu bersama guru pembimbing (pensyarah). Tujuan ujian diadakan sebagai satu kayu pengukur dan dorongan dalaman terhadap ulangan hafazan yang telah dilaksanakan oleh setiap pelajar.

3. 11.30-12.30 tengahari – Ceramah al-Quran disampaikan oleh Ustaz Khairul Nizam bin Haji Uzip bertujuan membasuh dan menjernihkan hati agar dapat memahat ayat-ayat al-Quran dalam jiwa masing-masing.

Gambar Program Ops Mantap Hafazan Bil Quran Ahya 2015