IQTrg

IQ Terengganu Juara Badminton MASMAT 2015

IMG 1050

IQ Terengganu akhirnya mencipta sejarah selepas 45 tahun apabila muncul juara dalam acara badminton menengah atas dalam sukan MASMAT. Semangat juang tinggi dan keinginan untuk bergelar juara yang tersemat di sanubari kesemua pemain merupakan antara faktor utama IQ Terengganu mengungguli acara badminton pada edisi kali ini. Pasukan badminton kali ini juga turut mendapat sokongan padu daripada Tuan Pendaftar IQ Terengganu iaitu Tuan Haji Aziz bin Wahid apabila beliau sendiri tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik bersejarah pasukan badminton IQ Terengganu muncul juara untuk edisi ke-45 ini.

Klik di sini untuk melihat gambar