IQTrg

Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan

hadiah hafazan
Institut al-Quran Terengganu telah menghantar pelajar-pelajar tahfiz Shahadah dan Diploma ke peringkat ujian saringan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2015 pada 2-4 Februari 2015 (Isnin-Rabu) yang telah diadakan di Kompleks Seri Iman mewakili kategori 10 juzuk, 20 juzuk dan 30 juzuk dan seramai 14 orang pelajar telah terpilih sebagai peserta Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri yang telah diadakan pada 9-11 Februari 2015 (Isnin – Rabu) di Taman Tamadun Islam. Pelajar Institut al-Quran Terengganu yang telah berjaya mendapat tempat adalah seperti berikut: 

KATEGORI 1-10 JUZU’ (LELAKI)

JOHAN

MUHAMMAD RAYYAN BIN ABDULLAH (TAHUN 3B)

KATEGORI 1-10 JUZU’ (PEREMPUAN)

NAIB JOHAN

WAN NUR MARYAM BINTI WAN MD FADZIL (TAHUN 2E)

KATEGORI 1-20 JUZU’ (LELAKI)

JOHAN

SYED AHMAD HISYAM BIN ENGKU TAUFIK (TAHUN 3B)

TEMPAT KETIGA

MUHAMMAD NUR AFIQ AIMAN BIN MD NORAFFENDIE (TAHUN 3A)

KATEGORI 1-20 JUZU’ (PEREMPUAN)

JOHAN

ASMA BINTI ABDULLAH (TAHUN 4C)

NAIB JOHAN

NUR AIEN NAJIHAH BINTI NORUDIN (TAHUN 4C)

KATEGORI 1-30 JUZU’ (LELAKI)

JOHAN

IKHWAN AMIN BIN HIDAYAT (MANTAN PELAJAR IQ TERENGGANU)

NAIB JOHAN

AHMAD MIQDAD BIN MOHD ABIDIN (MANTAN PELAJAR IQ TERENGGANU)

TEMPAT KETIGA

ABDUL HAKIM BIN MOHAMAD NASIR (TAHUN 4A)

KATEGORI 1-30 JUZU’ (PEREMPUAN)

JOHAN

NURUL SYAABANIAH BIN YAHYA (MANTAN PELAJAR IQ TERENGGANU)

NAIB JOHAN

HANIS SAKINAH BINTI IDERIS (SEMESTER 5)

TEMPAT KETIGA

AINUN NAJIHAH BINTI ZULKIFLI (TAHUN 4C)

Justeru itu, johan setiap kategori akan mewakili Negeri Terengganu ke Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015 di Negeri Kedah Darul Aman 28 Februari ini. Bagi menyuntik semangat kepada pelajar yang terpilih khususnya dan kepada semua pelajar amnya, Institut al-Quran Terengganu telah mengadakan satu majlis penyampaian anugerah penghargaan kepada mereka yang terlibat. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pendaftar Institut al-Quran Terengganu Tuan Haji Abdul Aziz bin Wahid pada 25 Februari 2015 (Rabu) jam 8.30 pagi.