IQTrg

Lawatan KLUSTER Pendidikan Putra Ke IQ Terengganu

kluster

Dalam usaha ke arah merealisasikan gagasan Transformasi Terengganu Baharu, kerajaan negeri berhasrat menjadikan Institut al-Quran Terengganu (IQT) sebagai sebuah Kolej IPTS negeri yang terunggul khusus untuk program-program Pengajian al-Quran. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kluster Pendidikan PUTRA akan bekerjasama dengan Lembaga Pengarah dan Pengurusan IQT. Sehubungan dengan itu, satu lawatan dari Kluster Pendidikan Putra ke IQT telah diadakan pada 11 November 2014, jam 10.00 pagi yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui dan berkongsi perkembangan semasa tentang  tindakan-tindakan yang telah dijalankan bagi menjayakan hasrat ini. Antara yang terlibat dalam Lawatan Kluster Pendidikan Putra ke IQT ialah YB. Dato’ Zubir bin Embong, Y.Bhg. Dato’ Abdul Latif bin Awang, Y.Bhg Dr. Wan Shaari bin Wan Ismail, Ustaz Haji Ramli bin Noh, En. Zahar bin Ibrahim, dan Che Mansor bin Che Kerma. 

Gambar sekitar majlis