IQTrg

Kursus Manual Prosedur Kerja (MPK) Institut Al-Quran Terengganu

IMG 9308

Kursus Manual Prosedur Kerja (MPK) IQT 2014 telah diadakan pada 15 Oktober 2014 bertempat di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu. Kursus ini adalah bertujuan mendedahkan penambahbaikan bagi MPK yang sedia ada bagi setiap bahagian dalamIQT. Antara peserta yang terlibat ialah dari Bahagian Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan. Kursus yang membawa banyak pengisian bermakna ini telah dikendalikan oleh YM Tengku Khairi bin Tengku Abdul Rahman iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Operasi dari Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kursus ini turut dihadiri oleh Che Norma Noriati binti Tahir selaku Timbalan Pengarah (Komunikasi dan Jaringan Antarabangsa) dan Tuan Haji Lothman bin Awang selaku Pendaftar IQT.

Klik untuk melihat gambar