IQTrg

Haflu Al-Takrim Al-Sanawi 2014

DSC 1289


Bersempena dengan Haflu al-Takrim al-Sanawi kali ke- 8 (1435H), kemeriahan Majlis Istiadat Konvokesyen Institut al-Quran Terengganu kali ke-8 telah diserikan dengan beberapa program sampingan. 

Antara program yang dijalankan ialah Hari Warga IQT yang telah dijalankan pada 23 Jun 2014 (Isnin). Hari Warga IQT berlangsung di sekitar IQT bermula jam 8.30. Para pensyarah dan kakitangan menyertai acara masing-masing iaitu bola jaring, karom, congkak, badminton, ping pong, bola sepak, dan bola tampar. Program seumpama ini yang menggabungkan penglibatan pensyarah dan kakitangan pentadbiran dan kaligrafi bersama para pelajar bertujuan meneratkan silaturahim dalam kalangan warga IQT sekali gus mencerdaskan minda dengan permainan-permainan yang telah dipertandingkan. Acara-acara yang dimenangi oleh kumpulan pensyarah ialah bola jaring dan badminton. Selain itu, acara-acara selebihnya kategori kakitangan pentadbiran dan pelajar.


Pada 24 Jun 2014 (Selasa) pula telah diadakan Majlis Khatam al-Quran 2014 khas untuk para pelajar diploma dan syahadah yang telah khatam al-Quran dengan jayanya. Majlis ini adalah sebagai satu pengiktirafan kepada mereka yang gigih menghafal al-Quran sehingga juzuk yang ke-30 selama berada di IQT. Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut ialah pelajar-pelajar di bawah bimbingan murabi Ustazah Wan Nur Azyyati binti Wan Yusof, Ustaz Mohd Abdul Wahab bin Ismail, Ustaz Hazwan bin Abdul Rahman, Ustaz Hanafi bin Awang, Ustaz Azizul bin Hassan, dan Sheikh Mohamed Fathy Mohamed Abdel Gelil. Majlis Khatam al-Quran diadakan di Dewan Ibnu Mas’ud, IQT.


Seminar al-Quran pula telah berlangsung pada 25 Jun 2014 (Rabu) bertempat di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Seminar yang bertemakan Seni Tadabbur al-Quran ini menampilkan dua orang pembentang kertas kerja dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)iaitu Dr. Ahmad Bazli bin Shafie dengan kertas kerjanya yang bertajuk “Seni Tadabbur al-Quran”, dan Prof. Madya Dr. Rohaizan bin Baru yang membentangkan tajuk “Kesan Tadabbur al-Quran”. Seminar itu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang yang melibatkan para pelajar IQT, pelajar Kuliyyah al-Furqan, pelajar-pelajar sekolah menengah agama, dan wakil-wakil jabatan negeri Terengganu.


Kemuncak acara bagi Haflu al-Takrim al-Sanawi 2014 ialah Majlis Istiadat Konvokesyen Institut al-Quran Terengganu kali ke-8 yang berlangsung juga di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Para penerima sijil dalam majlis ini terdiri daripada pelajar program persijilan syahadah dan diploma yang berjaya menamatkan pengajian serta pelajar program pengajian Kulliyyah al-Furqan yang menghabiskan tempoh pengajian dengan jayanya. Majlis ini juga turut menyaksikan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad sebagai penerima Anugerah Jasamu Dikenang. Perasmian majlis telah disemprunakan oleh Yang Berhormat En. Ghazali bin Taib. Anugerah lain yang diberikan ialah Anugerah Imam ‘Asim al-Kufi yang dianugerahkan kepada Tayyibah binti Abdul Halim dan Anugerah Imam Nafi’ al-Madani yang diberikan kepada Amjad Fakhri at-Tamimi bin Ismail.

Acara terakhir sempena Haflu al-Takrim al-Sanawi yang diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man ialah Majlis Makan Malam pada 26 Jun 2014 (Khamis). Majlis makan malam ini melibatkan para pensyarah, kakitangan pentadbiran dan kaligrafi, dan wakil pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IQT. Mengambil kesempatan dalam majlis makan malam ini, Bahagian Penerbitan (Penyelidikan & Penerbitan) IQT telah menyelitkan agenda Pra-Pelancaran Jurnal Dirasat Quraniyyah IQT yang bakal diterbitkan pada September 2014. Pra-Pelancaran Jurnal Dirasat Quraniyyah IQT telah disempurnakan oleh YB En. Ghazali bin Taib diiringi oleh Pengarah IQT, Dato’ Dr. Haji Alias bin Abdullah dan Pendaftar IQT, Tuan Hj. Lothman bin Awang. Acara yang ditunggu-tunggu dalam majlis ini ialah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IQT 2014. Senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IQT 2014 ialah Ustaz Hanapi bin Awang@Sulong, Ustaz Burhanuddin bin Abd Rahman, Ustaz Ahmad Raslan bin Sidek, En. Saipol Bahari bin Salleh, En. Muhamad Afif bin Ismail, En. Azeman bin Awang, dan Pn. Sukariah binti Mohd Rani.


Galeri Foto