IQTrg

Bengkel Pengucapan Awam Bagi Kakitangan Akademik & Pentadbiran IQ Terengganu

DSC 0718

4 Mei 2014 – Institut al-Quran Terengganu pada tarikh ini telah menerima kedatangan Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad sempena dengan Kursus Pengucapan Awam. Kursus anjuran pihak Institut al-Quran Terengganu ini telah melibatkan seluruh kakitangan akademik dan sebahagian kakitangan pentadbiran IQ Terengganu. Terdapat banyak perkongsian berguna yang dikongsikan oleh Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi  dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini. Rahsia pengucapan awam yang berkesan dan menarik juga turut didedahkan. Kursus yang berlangsung selama tiga jam ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari di Bilik Seminar, Blok Akademik, Institut al-Quran Terengganu. Semoga kesinambungan dari penyampaian ilmu-ilmu berguna ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Gambar sekitar Bengkel Pengucapan Awam