IQTrg

OPS Mantap Al-Quran

1

30 April 2014 - Institut al-Quran Terengganu ditubuhkan untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam ilmu al-Quran khususnya dalam pengajian tahfiz al-Quran. Oleh itu, proses untuk melahirkan pelajar tahfiz yang berkualiti memerlukan usaha peneguhan bagi memastikan pelajar yang dihasilkan oleh Institut al-Quran Terengganu menepati kehendak pengajian tahfiz al-Quran yang baik. Bertepatan dengan kehendak ini, satu program yang dinamakan sebagai Ops Mantap al-Quran telah dilaksanakan pada 30 April 2014. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dimulai dengan slot Halaqah al-Quran, iaitu sekumpulan kecil pelajar menghafal juzuk-juzuk yang ditetapkan dengan bimbingan murobi masing-masing. Setelah itu, acara diteruskan dengan seminar al-Quran yang disampaikan oleh Dr.Nor Hafizi bin Yusof, iaitu pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Seminar yang bertajuk Hafiz al-Quran :Tanggungjawab dan Kemanisannya itu disertai oleh seluruh pelajar syahadah dan diploma Institut al-Quran Terengganu. Kemuncak program ini pada jam 2.00 hingga 4.00 petang ialah apabila semua pelajar menunggu giliran untuk ditebuk bacaan juzuk yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar IQ Terengganu. Semoga program ini menjadi perintis kepada inspirasi baru  dalam usaha untuk terus menjadikan budaya al-Quran itu sebagai amalan di dalam diri setiap pelajar.

Gambar sekitar program Ops Mantap al-Quran