IQTrg

Temuduga Program Diploma Tahfiz Wal Qiraat 2014

DSC 0675

Pengambilan pelajar baru bagi program Diploma Tahfiz Wa Al Qiraat di Institut Al-Quran Terengganu kini diteruskan lagi dengan berlangsungnya satu temuduga bermula 14 April hingga 16 April 2014. Proses temuduga selama 3 hari ini melibatkan calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Seramai 156 calon telah memohon bagi mengikuti program diploma bagi kemasukan 2014 ini. Jumlah calon yang menghadirkan diri dalam sesi temuduga ialah 89 orang iaitu separuh dari jumlah permohonan. Temuduga yang diadakan di Blok E, Institut al-Quran Terengganu ini menerima permohonan dari calon seluruh Malaysia. Walau bagaiamanapun, sesi akademik 2014 Institut al-Quran Terengganu hanya mempunyai kira-kira 30 kekosongan sahaja untuk diisi bagi program Diploma Tahfiz Wa Al-Qiraat. Oleh itu, persaingan antara calon untuk mengisi kekosongan tersebut amatlak sengit. Antara aspek yang dinilai semasa proses temuduga ialah kemahiran berbahasa Arab, hafazan al-Quran dan pengetahuan am. Aspek penampilan diri, minat dan adab serta akhlak yang ada pada calon turut diambil kira. Ini bertujuan memastikan bahawa calon-calon yang bakal memasuki pengajian nanti adalah antara yang terbaik. Calon yang berjaya ditemuduga bakal mengikuti 6 semester pengajian bagi Diploma Tahfiz Wa Al-Qiraat, Institut al-Quran Terengganu.


Lihat gambar seterusnya disini