IQTrg

Unit Biasiswa Dan Kebajikan Pelajar

Unit Kebajikan Pelajar mula diwujudkan pada tahun 2008. Unit ini adalah di bawah Hal Ehwal Pelajar Institut Al-Quran Terengganu dan secara langsung berkaitan dengan apa-apa sahaja yang melibatkan kebajikan pelajar.

Di antara tugasan unit ini ialah:
Merancang dan melaksanakan program silaturrahim pelajar baru.
Merancang dan melaksanakan program kebajikan bagi pelajar baru.
Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di Institut Al-Quran Terengganu.
Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
Mengendali surat menyurat yang berkaitan dengan tugas.
Mengendalikan perkara-perkara kebajikan.
Menjalankan tugas-tugas yang diperlukan oleh Pengarah.


MOTO:
Berdisiplin, Cekap Dan Amanah


FALSAFAH:
Kejujuran Dan Keikhlasan Adalah Kunci Kemenangan Dan Keberkatan.


MISI:
Unit Kebajikan Pelajar berharap menjadi sebuah unit yang sentiasa bersedia membantu semua pelajar dalam apa keadaan sekalipun dan menyediakan program yang merangsang minda pelajar. Unit ini juga berhasrat untuk memastikan pelajar sentiasa menikmati dan mensyukuri semua kemudahan yang disediakan.


WAWASAN:
Mendidik Dan Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Sahsiahnya.