IQTrg

Perpustakaan

PERPUSTAKAAN INSTITUT AL-QURAN TERENGGANU

Perpustakaan merupakan sebuah pusat sumber dan gedung ilmu yang amat penting bagi warga Institut Al-Quran Terengganu. Perpustakaan Institut Al-Quran Terengganu berfungsi untuk memenuhi keperluan pengguna dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dengan menyediakan sumber maklumat yang bersesuaian, berkualiti dan terkini. Perpustakaan ini mampu menampung 100 orang pengguna dalam suatu masa dan keahlian perpustakaan terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan Institut Al-Quran Terengganu.

PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN

1. PERATURAN-PERATURAN AM

1.1         Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan ketika berada di perpustakaan.

1.2         Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, merokok, membuat bising, tidur atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan atau mengganggu suasana pembelajaran di perpustakaan.

1.3         Barang-barang peribadi seperti beg, topi keledar, payung, baju hujan dan yang seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Ia hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

1.4         Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakkan dan kehilangan barang-barang pengguna.

1.5         Pelajar yang akan bercuti belajar, menangguhkan pengajian , berhenti, menarik diri atau tamat pengajian hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.

1.6         Kakitangan yang akan berhenti atau ditamatkan perkhidmatan hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.

1.7         Pengguna hendaklah memaklumkan dengan segera kepada kakitangan perpustakaan sekiranya berlaku sebarang pertukaran alamat.

1.8         Pengguna tidak dibenarkan menconteng, mengoyak dan mengotorkan bahan perpustakaan.

1.9         Pengguna tidak dibenarkan mengalih/mengubah perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya.

1.10     Segala majalah, risalah dan surat khabar hendaklah diletakkan ke tempat asal dalam

keadaan yang baik dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.

1.11     Bahan-bahan yang telah digunakan/dirujuk hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan.

1.12     Mana-mana pengguna yang merosakkan kemudahan/peralatan perpustakaan hendaklah membayar gantirugi sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak perpustakaan.

1.13     Pengguna yang gagal mematuhi peraturan, akan menghadapi tindakan berikut:

·         Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan

·         Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan perkhidmatan/kemudahan perpustakaan.

·         Digantung kelayakan meminjam bahan perpustakaan

1.14     Pihak perpustakaan berhak untuk meminda peraturan yang telah ditetapkan dari  semasa ke semasa.

2. PERATURAN PENGGUNAAN BILIK KOMPUTER

           2.1   Pengguna perlu mengisi buku penggunaan bilik komputer di kaunter perpustakaan.

           2.2   Hanya seorang sahaja dibenarkan menggunakan setiap komputer pada satu-satu masa.

           2.3   Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik komputer.

           2.4 Setiap pengguna diberi had tempoh 1 jam untuk menggunakan komputer namun had tempoh tersebut boleh diperbaharui sekiranya tiada             pengguna lain yang menunggu.

           2.5   Pengguna tidak dibenarkan melayari laman web lucah, merosakkan server lain, mengumpul dan menyebarkan sebarang bentuk                         maklumat dan kesalahan-kesalahan lain yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan hak persendirian.

            2.6   Pengguna tidak dibenarkan memasukkan program-program lain ke dalam komputer.

            2.7   Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba                         membaiki sendiri sebarang kerosakan.

            2.8   Kakitangan perpustakaan akan membantu pengguna sekiranya diperlukan.

            2.9   Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet.

            2.10    Pihak perpustakaan menghormati hak ‘privacy’ setiap pengguna. Walaubagaimanapun, Kakitangan perpustakaan berhak untuk                           memantau penggunaan komputer bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.

3. PERATURAN PENGGUNAAN BILIK KAREL

3.1    Setiap bilik karel adalah untuk kegunaan seorang pengguna sahaja.

3.2    Pengguna perlu mengisi buku penggunaan bilik karel di kaunter perpustakaan

3.3    Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik karel.

3.4    Hak penggunaan bilik karel akan dibatalkan jika pengguna meninggalkan bilik karel melebihi 15 minit.

3.5    Pengguna tidak dibenarkan menampal sebarang kertas atau notis di dinding/pintu bilik karel.

3.6    Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan buku-buku/bahan perpustakaan/barang peribadi seperti komputer riba di dalam bilik karel.

3.7    Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan buku/barang yang ditinggalkan di dalam bilik karel.

3.8    Sebarang kerosakan pada kelengkapan bilik karel hendaklah dilaporkan kepada kakitangan perpustakaan.

3.9    Kakitangan perpustakaan berhak membuat pemeriksaan bilik-bilik karel dari masa ke semasa.